Pages

Thursday, 29 December 2011

Cara Memilih Buku

Adakah hobi anda membaca buku? Biasanya mereka yang ada  hobi membaca juga mempunyai hobi memburu dan mengumpul pelbagai buku. Mungkin tidak hanya dengan membeli, tetapi juga memburunya di perpustakaan. Beberapa tips ini, boleh dipraktikkan jika anda keliru memilih buku.


Buatlah pertanyaan sendiri. Misalnya, apa jenis buku yang anda suka? Siapa penulis yang anda suka? Melakukan penelitian buku oleh penulis yang pernah anda baca di masa lalu. Adakah  jenis buku tertentu yang belum dan ingin anda baca? Kemudian, masukkan hobi anda ke dalam kata kunci di katalog perpustakaan.


Jikaperpustakaan yang anda kunjungi belum dilengkapi fasiliti komputer untuk pencarian buku,maka jangan pernah ragu untuk bertanya kepada pustakawan atau penjual buku.



Jika anda sudah jumpa buku yang anda inginkan, ambil dan baca bahagian belakang buku atau penutup yang menjadi ringkasan buku tersebut. Kalau buku tersebut memang menarik perhatian anda, baca halaman pertama atau lebih. Jika masih menarik perhatian anda, maka itu mungkin adalah buku yang baik untuk anda. Ingat, judul buku mungkin menarik untuk anda, tetapi gaya penulisan selalu menjadi kunci untuk menikmatinya.



Cara seterusnya adalah dengan  meminta seseorang untuk memberi pendapat buku yang bagus. Anda dapat meminta pandangan daripada ibubapa,sahabat, guru, atau siapa sahaja.Akan lebih baik jika anda mengenal beberapa pemilik kedai buku, kerana biasanya pemilik buku sering memiliki pandangan tentang buku-buku yang menarik perhatian pembaca.


Kemudian, anda juga boleh memilih buku dengan membaca ulasan buku di surat khabar, majalah dan internet. Cari mengenai buku-buku terlaris dan juga tentang buku-buku baru yang menjadi berita utama. 
Anda juga boleh bergabung dengan Kelab Kedai Buku. Menjadi ahli kelab buku bukan hanya sekadar bertukar informasi mengenai buku-buku yang berkualiti, tetapi juga sebagai cara untuk  menumbuhkan motivasi membaca di kalangan generasi muda.


Membaca buku sangat penting untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan juga pengetahuan am.Selain itu,membaca juga dapat melahirkan generasi muda yang matang dan berfikiran positif dalam menagani masalah sosial.

Tuesday, 27 December 2011

SENARAI PENERBIT-PENERBIT BUKU DI MALAYSIA

Sedar tak sedar,industri buku di Malaysia dah lama berkembang dan mewujudkan banyak syarikat-syarikat penerbit buku.Tumbuhnya bagai ‘cendawan tumbuh selepas hujan’dan mungkin ada di antara mereka yang tidak kita kenali.Jadi jom sama-sama kita ambil cakna dengan lebih daripada 30 syarikat penerbit buku di Malaysia :


1.
Pustaka Nasional Ltd.
23.
Kini Buku.Com
2.
Muslim Media.Com
24.
Kompas.Com
3.
Inibuku.Com
25.
DAWAMA
4.
Alaf 21 Sdn. Bhd.
26.
Darul Kausar
5.
Karangkraf Sdn. Bhd.
27.
Kutu Buku.Com
6.
Arowana Publications Sdn. Bhd.
28.
Perintis Book Sdn. Bhd.
7.
Jahabersa Sdn. Bhd.
29.
E Kedai Buku.Net
8.
Saba Media Sdn. Bhd.
30.
Gramedia Toko Buku Online
9.
Dewan Bahasa Pustaka
31.
Sasbadi Sdn Bhd.
10.
Pustaka Hidayah Sdn. Bhd.
32.
Komuniti Buku Online
11.
Utusan Publications Sdn. Bhd.
33.
Penerbitan UUM
12.
PTS Publications Sdn. Bhd.
34.
Bhg Buku Teks Kem Pelajaran Malaysia
13.
Ilmu Jadi Kaya.Com
35.
Koperasi Kedai Buku
14.
KL Book House
36.
Penerbitan UM
15.
Penerbitan YADIM
37.
Darul Nu’man
16.
Penerbitan UPM
38.
Penerbitan KPG
17.
Suara Merdeka.Com
39.
SPEEDI
18.
Indo Media.Com
40.
Penerbitan USM
19.
Perpustakaan Hamdan Tahir
41.
MABOPA
20.
Penerbitan UTM
42.
Penerbitan UKM
21.
BERNAMA
43.
Penerbitan UTM
22.
E Kamus Msia.Com


Sunday, 25 December 2011

Artikel Berita Harian Mengenai Buku Terpakai!!!

Kewujudan laman blog, teknologi e-book, mobilebook tidak halang penjualan bahan cetak dengan harga murah di Chowrasta


Berita Harian ( www.bharian.com.my)
Oleh : Fazaalah Pit


GEORGETOWN: Di sebalik kerancakan teknologi pembacaan, bahan bercetak termasuk buku terpakai masih mendapat tempat di kalangan pembaca walaupun kian terpinggir daripada arus perdana.
Kehadiran lambakan blog dan laman web yang dianggap wadah pembacaan moden dan mesra pengguna serta berteknologi, tetap belum dapat menggantikan peranan bahan bercetak.

E-Book


 Malah, teknologi e-book dan mobilebook (mbook) yang dianggap buku atau novel dalam talian yang boleh dimuat turun ke komputer atau telefon bimbit, belum begitu meluas di kalangan masyarakat kecuali generasi baru khususnya remaja.Ini menjadikan `perkampungan buku’ masih relevan, sekurang-kurangnya di mata penggemar buku dan novel konvensional.Namun, untuk memperoleh buku lama, jauh lebih sukar daripada mencari buku keluaran terbaru. Lebih susah daripada mencari buku baru terbitan luar negara.
Teknologi internet juga tidak banyak membantu. Hanya buku terbitan baru dijual secara talian sedangkan buku lama seakan-akan dinafikan haknya dalam dunia buku ini.

Lain pula ceritanya lambakan kedai buku terpakai di tingkat dua pasar Chowrasta, Jalan Penang yang lebih terkenal sebagai pasar menjual aneka jeruk buah-buahan tempatan.
Beribu-ribu buku terpakai boleh ditemui di sini dan harganya pula jauh lebih murah. Dari buku bacaan kanak-kanak hingga bacaan dewasa termasuk buku ilmiah, kebanyakannya terbitan lama, boleh dibeli dengan mudah.
Ia adalah satu-satunya lokasi yang menghimpun buku terpakai baik terbitan tempatan mahupun luar negara, yang dijual kepada orang ramai, sejak kira-kira 30 tahun lalu.
Ada kira-kira 10 hingga 15 kedai buku terpakai beroperasi di Chowrasta. Namun, sebahagian sudah ditutup kerana tidak mendapat sambutan berikutan lokasinya tidak strategik.

Kedai buku berkenaan sudah wujud sejak kira-kira 30 tahun dengan memulakan operasi di Jalan Tek Soon berhampiran Kompleks Abdul Razak (Komtar) sebelum berpindah ke Jalan Macalister.
Bagaimanapun, perpindahan ke Chowrasta pada 15 tahun lalu menyebabkan industri buku terpakai di negeri ini mulai menjadi suram dan malap hingga ke saat ini.

Seorang penjual buku, Gulam Mohamad Hanifah, 52, berkata perniagaan itu diwarisi daripada keluarganya sejak 15 tahun lalu tapi sambutannya semakin dingin.
Beliau menjual buku pelbagai disiplin ilmu, termasuk agama, sastera, sejarah, sains dan geografi.
Katanya, buku itu diperoleh dengan membelinya secara pukal dari pelbagai sumber sebelum dijualnya dengan potongan harga yang besar, bergantung kepada nilai sesebuah buku.

“Nilai buku pula tidak bergantung kepada ketebalan, isi kandungan, penulis atau keadaannya tapi tempoh terbitan dan faktor susah atau senangnya buku itu diperoleh,” katanya.
Iskandar Mohd Ismail, 43, berkata kebanyakan buku terpakai yang dijual diterbit pertama kali sekitar tahun 80-an atau 70-an.
Katanya, ada juga buku terpakai yang baru dua atau tiga tahun diterbit khususnya novel popular antaranya Satu Hati dan Bagaikan Puteri karya Awang Ramlee Mursyid, dijual di kedainya.
“Banyak buku yang digemari remaja juga kami jual tapi lokasi kedai yang jauh dari laluan orang ramai menyebabkan perniagaan kami semakin hari semakin merosot.
“Kebanyakan pengunjung mencari buku sastera seperti novel lama, antologi puisi dan cerpen. Mereka sanggup datang dari jauh kerana mencari buku tertentu,” katanya.
Seorang peniaga buku yang hanya mahu dikenali sebagai Ali, berkata beliau turut menjual cetakan gambar lama, poskad, setem dan peta lama.
“Selain buku, saya juga gemar menjual bahan bercetak terpakai atau lama. Ia tidak popular sebagai barang jualan tapi masih ada peminat tersendiri,” katanya.

Seorang pengunjung tetap, Siti Nasyidah Jainul Abidin, 16, berkata beliau gemar membeli novel bertemakan cinta di situ kerana ia lebih murah berbanding di kedai buku biasa sedangkan keadaan buku masih elok.
“Ada banyak novel yang agak baru diterbitkan sekitar satu atau dua tahun lalu, dijual di kedai ini. Kalau beli di kedai buku, agak mahal berbanding di kedai ini.
“Saya tidak menggemari membaca bahan bacaan internet kerana tidak mahir mengaplikasikan teknologi berkenaan. Saya lebih suka membaca novel bercetak,” katanya.

Penulis muda yang sedang meningkat naik, Azizul Ikhwan Azizul atau nama penanya Ode yang menetap di Kajang, Selangor sanggup datang sendirian ke Pulau Pinang bagi membeli buku sastera yang sukar ditemui di tempat lain.

“Sesetengah karya sastera lama tidak dicetak lagi, jadi saya bermalam sehari untuk mencari novel atau antologi sajak sebelum pulang, keesokannya.
“Saya membeli beberapa novel karya penulis ternama di kedai itu berikutan saranan beberapa rakan lain yang memaklumkan kedai ini banyak menjual buku lama,” katanya.

Saturday, 24 December 2011

FAKTOR-FAKTOR KEROSAKAN BUKU DAN TINDAKAN PEMULIHARAAN/PENCEGAHAN.

A)    BAHAN BERCETAK

Terdapat 5 faktor utama yang membawa kerosakan bahan bercetak seperti buku,majalah dan surat khabar..

1) Ciri bahan bacaan

Kerosakan buku disebabkan ciri fizikal dan ciri bahan itu sendiri seperti jilidan & kandungan bahan kimia di dalamnya. Setiap bahan mempunyai kitaran hidupnya sendiri kerana bahan-bahan itu bertindak balas dengan alam sekitar sepanjang masa dan menyebabkan bahan-bahan itu menjadi lusuh.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
  - Bahan jilidan yang tidak baik boleh diperbaiki dengan membuat jilitan semula.
  - Kandungan asid di dalam bahan boleh dikeluarkan melalui proses penyahasidan.

2) Alam persekitaran


            2.1) Suhu 


- Suhu yang tidak sesuai akan menyebabkan fiber kertas, dakwat, bahan melekit dan  menjadi lemah, pudar serta hilang sifat aslinya.

  
  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Selaraskan suhu yang sesuai antara 15.5-21 C, ia perlu tetap dan berterusan.
- Ruang udara mestilah beredar dan alat pendingin udara sangat perlu bagi penyimpanan bagi pemuliharaan bahan.


2.2) Kelembapan 

- Kelembapan yang tinggi akan menyebabkan kertas kembang, bertompok-tompok hitam,berkulat dan akhirnya reput. Ini kerana buku adalah bahan yang mudah diresapi air.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Alat thermo-hygrograph boleh digunakan untuk mengetahui kadar suhu dan kelembapan ruang.


2.3) Cahaya 

- Cahaya mengandungi pancaran ultra ungu dan  kepanasan yang akan melemahkan kekuatan fiber kertas, dakwat, buku melekit dan sebagainya.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Ruang yang gelap adalah lebih baik untuk tempat penyimpanan buku.
  

           2.4) Pencemaran udara


2.4.1.) Debu
- Debu mengandungi asid, kuman dan kelembapan.
- Apabila melekat pada kertas akan memyebabkan proses kerosakan akan berlaku dalam bentuk tompok-tompok hitam kecil.

2.4.2) Gas 
- Gas sulphur dioksida dari ekzos kenderaan dan kilang akan mereputkan buku

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Rak buku atau ruang almari perlu dibersihkan dari debu.
- Membersihkan ruang menggunakan vacum cleaner lebih baik daripada penggunaan penyapu yang   membuat debu berterbangan


3.) Perlakuan manusia.
  
           3.1) Peyimpanan

- Bahan-bahan seperti klip kertas, pin dan bahan stapler mudah   karat akan merosakkan kertas.
- Rak atau almari yang berkarat akan merosakkan buku
- Rak yang rendah dan tajam tepinya akan menyebabkan buku rosak   jika di susun condong dan buku akan terkoyak.
- Cara penyusunan buku adalah salah dan tidak sesuai.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
             - Menanda buku menggunakan penanda buku.
             - Menggunakan rak yang tahan karat.
             - Menyusun buku dengan baik dan secara tersusun.

             3.2) Pameran
- Semasa pameran, udara di dalam meja atau almari tidak dapat keluar dan menyebabkan udara lebih panas berbanding udara luar.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
          - Meja atau almari buku perlu ada ruang supaya udara boleh beredar.
          - Suhu dan kelembapan perlu di pantau.
          - Penggunaan lampu yang tidak menumpu pada buku.

  
           3.3) Penyalinan  
- Tidak cermat semasa membuat penyalinan.


 
4.) Haiwan / serangga perosak 


- Serangga seperti lipas, anai-anai, dan tikus akan menyebabkan kerosakan buku secara fizikal.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
               - Mengawal serangga dengan membuat pewasapan.


5.) Bencana alam 
 
- Banjir dan kebakaran juga merosakkan buku.

  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
               - Mengawal kebakaran dengan menggunakan alat pengesan kebakaran.



B)    BAHAN TIDAK BECETAK.

Faktor kerosakan :-

- Proses yang tidak betul menyebabkan imej tidak dapat diperolehi dengan baik.
- Suhu yang tidak stabil
- Penggunaan yang tidak cermat.
- Kerosakan oleh api atau air.



  • Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
            - Bilik perlu mempunyai penghawa dingin
            - Suhu antara 15-20 C.
            - Menggunakan kabinet yang fireproof dan dushproof serta cat yang tidak melekit.
            - Rekabentuk kabinet yang membenarkan udara di dalam laci dan bahagian lain boleh beredar.
            - Simpan master copy dengan baik.
            - Elakkan menyentuh imej pada mikrofilem


Buku merupakan aset penting dalam kehidupan seorang manusia,lebih-lebih lagi kepada seorang pelajar.Penjagaan buku yang baik akan membuatkan seseorang itu berasa seronok untuk menyimpan buku tersebut setersunya membaca buku.

Thursday, 22 December 2011

Pengenalan Kepada BooQu

BooQu merupakan perniagaan Internet yang menjual dan membeli buku-buku terpakai.Nama perniagaan yang digunakan ialah BooQu iaitu merujuk kepada Book Quality.Kami menjual buku-buku terpakai yang masih mempunyai kualiti dari segi fizikal.

Ahli BooQu terdiri daripada pelajar jurusan Pengurusan Risiko dan Takaful,Universiti Sultan Zainal Abidin,Terengganu.Ahli BooQu terdiri daripada :
Mohd Uzaimi
·       
  •         Mohd Uzaimi bin Mohd Umar  
  •         Mohd Zulhilmi bin Rosli
  •         Nur Farzana bt Shahrom
  •         Nor Hamizah bt Johari
  •         Nurul Nahjatun bte Saidon.
BooQu merupakan perniagaan yang akan membeli buku-buku dari pelajar seluruh IPTA,IPTS,sekolah,kedai buku dan orang awam sama ada belian secara langsung atau tidak langsung.

Jenis-jenis buku yang di beli ialah : 

Zulhilmi

  • ·         Buku teks
  • ·         Majalah
  • ·         Novel
  • ·         Komik
  • ·         Karya ilmiah
  • ·         Kamus
  • ·         Contoh Kerja Kursus untuk subjek-subjek tertentu.

Kemudian,BooQu akan menjual buku-buku tersebut secara langsung kepada pelajar IPTA,IPTS,sekolah dan orang awam dengan harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan kehendak pelajar.


Nurul Nahjatun
Nur Farzana
Nor Hamizah

 Perniagaan ini diwujudkan untuk menimbulkan kemahiran keusahawan di kalangan pelajar.Seterusnya,perniagaan ini dapat menyelesaikan masalah pelajar untuk mendapatkan buku-buku tertentu yang mempunyai penawaran yang terhad di pasaran.Selain itu,masalah kewangan pelajar dapat di selesaikan kerana BooQu menjual buku-buku terpakai pada harga yang berpatutan dan murah berbanding perniagaan lain.



Sebarang urusan dan maklumat boleh menghantar emel ke:
  




Sunday, 18 December 2011

Jenis-Jenis Buku

Beberapa jenis buku yang ada saat ini :
1. Novel
Novel adalah sebuah karya fiksi prosa yang tertulis dan naratif; biasanya dalam bentuk cerita. Penulis novel disebut novelis. Kata novel berasal dari bahasa Italia novella yang berarti “sebuah kisah, sepotong berita”.
Novel lebih panjang (setidaknya 40.000 kata) dan lebih kompleks dari cerpen, dan tidak dibatasi keterbatasan struktural dan metrikal sandiwara atau sajak. Umumnya sebuah novel bercerita tentang tokoh-tokoh dan kelakuan mereka dalam kehidupan sehari-hari, dengan menitik beratkan pada sisi-sisi yang aneh dari naratif tersebut.
Novel dalam bahasa Indonesia dibedakan dari roman. Sebuah roman alur ceritanya lebih kompleks dan jumlah pemeran atau tokoh cerita juga lebih banyak.Majalah adalah penerbitan berkala yang berisi bermacam-macam artikel dalam subyek yang bervariasi.

2. Komik
Komik adalah suatu bentuk seni yang menggunakan gambar-gambar tidak bergerak yang disusun sedemikian rupa sehingga membentuk jalinan cerita. Biasanya, komik dicetak di atas kertas dan dilengkapi dengan teks. Komik dapat diterbitkan dalam berbagai bentuk, mulai dari strip dalam koran, dimuat dalam majalah, hingga berbentuk buku tersendiri.
Terminologi;
Di tahun 1996, Will Eisner menerbitkan buku Graphic Storytelling, dimana ia mendefinisikan komik sebagai “tatanan gambar dan balon kata yang berurutan, dalam sebuah buku komik.” Sebelumnya, di tahun 1986, dalam buku Comics and Sequential Art, Eisner mendefinisikan eknis dan struktur komik sebagai sequential art, “susunan gambar dan kata-kata untuk menceritakan sesuatu atau mendramatisasi suatu ide”.
Dalam buku Understanding Comics (1993) Scott McCloud mendefinisikan seni sequential dan komik sebagai “juxtaposed pictorial and other images in deliberate sequence, intended to convey information and/or to produce an aesthetic response in the viewer”.
Para ahli masih belum sependapat mengenai definisi komik. sebagian diantaranya berpendapat bahwa bentuk cetaknya perlu ditekankan, yang lain lebih mementingkan kesinambungan image dan teks, dan sebagian lain lebih menekankan sifat kesinambungannya (sequential). Definisi komik sendiri sangat supel karena itu berkembanglah berbagai istilah baru seperti:
* Picture stories – Rodolphe Topffer (1845)
* Pictorial narratives – Frans Masereel and Lynd Ward (1930s)
* Picture novella – dengan nama samaran Drake Waller (1950s).
* Illustories – Charles Biro (1950s)
* Picto-fiction – Bill Gaine (1950s)
* Sequential art(graphic novel) – Will Eisner (1978)
* Nouvelle manga – Frederic Boilet (2001)
Untuk lingkup nusantara, terdapat sebutan tersendiri untuk komik seperti diungkapkan oleh pengamat budaya Arswendo Atmowiloto (1986) yaitu cerita bergambar atau disingkat menjadi cergam yang dicetuskan oleh seorang komikus Medan bernama Zam Nuldyn sekitar tahun 1970. Sementara itu Dr. Seno Gumira Ajidarma (2002), jurnalis dan pengamat komik, mengemukakan bahwa komikus Teguh Santosa dalam komik Mat Romeo (1971) mengiklankannya dengan kata-kata “disadjikan setjara filmis dan kolosal” yang sangat relevan dengan novel bergambar.


3. Catatan harian (jurnal/diary)
Catatan harian adalah buku yang isinya berdasarkan catatan harian atau catatan harian itu sendiri, misalnya catatan harian Anne Frank. Buku yang dibuat berdasarkan catatan harian misalnya, Bersaksi di Tengah Badai karya Wiranto.


4. Novelet
Cerita tanggung, untuk dikatakan cerpen dia terlalu panjang, untuk dikatakan novel terlalu pendek. Jumlah halaman novelet diperkira berada di antara 40-50 halaman. Namun, batasan ini sangat relatif, tidak mutlak.

5. Fotografi
Fotografi berasal dari 2 kata yaitu photo yang berarti cahaya dan graph yang berarti tulisan atau lukisan. Dalam seni rupa, fotografi adalah proses melukis atau menulis dengan menggunakan media cahaya. Sebagai istilah umum, fotografi berarti proses atau metode untuk menghasilkan gambar atau foto dari suatu obyek dengan merekam pantulan cahaya yang mengenai obyek tersebut pada media yang peka cahaya. Alat paling populer untuk menangkap cahaya ini adalah kamera.
Karya-karya foto seseorang atau beberapa orang dapat saja dijadikan buku. Buku jenis ini akan lebih menarik jika disertai keterangan mengenai objeknya. Untuk kepentingan lain, buku fotografi ini bisa juga berisi penjelasan mengenai cara atau strategi untuk menghasilkan foto-foto seperti yang tercetak.

6. Karya ilmiah
Laporan penelitian, disertai, tesis, skripsi, dan sebagainya.

7. Tafsir
Tafsir adalah keterangan atau penjelasan tentang ayat-ayat Al-quran agar maksudnya lebih mudah dipahami. Tafsir harfiah berarati tafsir kata demi kata, tafsir mimpi adalah penggunaan ciri-ciri modern untuk menguraikan arti mimpi. Buku yang berisi materi tentang hal ini dinamakan buku tafsir.

8. Kamus
Kamus adalah buku acuan yg memuat kata dan ungkapan, biasanya disusun menurut abjad berikut keterangan tentang makna, pemakaian, atau terjemahannya. Kamus dapat pula diartikan sebagai buku yg memuat kumpulan istilah atau nama yang disusun menurut abjad beserta penjelasan tentang makna dan pemakaiannya (KBBI).
Wikipedia menguraikan kamus sebagai sejenis buku rujukan yang menerangkan makna kata-kata. Kamus berfungsi membantu seseorang mengenal kosakata baru. Selain menerangkan maksud kata, kamus juga mungkin mempunyai pedoman sebutan, asal-usul (etimologi) kata dan juga contoh penggunaannya. Untuk memperjelas, kamus juga dapat disertai ilustrasi.

9. Panduan (how to)
Disebut juga buku petunjuk, misalnya buku tentang beternak ayam, berkebun kelapa sawit, kiat memperoleh dan kiat menjalani beasiswa di luar negeri, dan sebagainya.

10. Atlas
Kumpulan peta yang disatukan dalam bentuk buku. Selain dalam bentuk buku, atasl juga ditemukan dalam bentuk multimedia, misalnya Google Earth. Atlas dapat memuat informasi geografi, batas negara, statisik geopolitik, sosial, agama, serta ekonomi.

11. Ilmiah
Buku yang disusun berdasarkan kaidah keilmiahan. Misalnya, buku yang disusun berdasarkan hasil penelitian dan disampaikan dalam bahasa ilmiah.

12. Teks
Sederhananya adalah buku pelajaran, diktat, modul.


13. Mewarnai
Buku jenis ini identik dengan buku anak-anak, isinya biasanya berupa garis-garis yang membentuk gambar. Fungsinya, adalah membantu anak-anak untuk belajar mewarnia objek.

Saturday, 17 December 2011

Cara Untuk Menyimpan Koleksi Buku Yang Jimat Tempat

Menyimpan Koleksi Buku Yang Jimat Tempat - 


Jangan punahkan impian anda untuk menyimpan koleksi buku yang pelbagai, walaupun keadaan rumah anda sempit dan terhad ruangnya. Asalkan anda bijak menyusun dan membahagikan ruang, buku-buku ini tidak akan membuat rumah anda kelihatan sempit dan penuh. 

Menyimpan koleksi buku yang pelbagai merupakan satu hobi yang sangat positif. Amat sayang sekali sekiranya jika hobi ini tidak diteruskan hanya kerana alasan tiada tempat untuk menyimpannya. Memang semakin lama, koleksi buku-buku anda akan terus bertambah. Dan buku-buku itu mahu tidak mahu harus disimpan secara khusus supaya tidak rosak dan tidak boleh diguna kembali.

Bagi keadaan rumah yang kecil, ruang untuk menyimpan buku secara khusus  sangat susah didapati. Membuat ruang khas seperti perpustakaan, rasanya sudah tidak rasional. Bahkan, untuk menambah satu peti buku sahaja rasanya juga tidak ada tempat khas yang sesuai.


Cara lain? Cuba cari sudut-sudut yang tidak terpakai di rumah anda. Kawasan ini boleh diguna pakai sebagai tempat simpanan buku. Cara lain, anda boleh rujuk dibawah, agar koleksi buku anda tetap disimpan rapi tanpa menjadikan rumah anda kelihatan sempit dan tidak teratur.




Jadi hiasan 


Ramai orang berusaha menyembunyikan rak buku, bahkan ada yang sanggup menyimpannya di stor. Padahal, bila dibuat rak yang cantik, buku-buku ini boleh menjadi penghias rumah yang unik, menggantikan lukisan dan hiasan dinding lain.

Sekat antara ruang

Rak buku juga boleh menjadi seperti sekat antara ruang. Pada rumah-rumah bersaiz kecil, biasanya antara ruang tamu dengan ruang keluarga dipisahkan oleh sekat atau dinding penghalang. Justeru itu, gunakan saja rak buku sebagai sekatnya.

Memanfaatkan ruang

Anda dinasihatkan supaya bijak mencari ruang dalam rumah seperti  ruang bawah tangga, garaj yang tidak digunakan, dinding bahagian atas, salah satu sudut ruang tamu dan banyak lagi, bagi tujuan untuk meletakkan rak buku tersebut.

Membuat mezanin

Mezanin adalah salah satu cara anda mendapatkan ruang tambahan tanpa perlu melakukan perubahan struktur. Mezanin ini boleh dibuat dengan menggunakan ruangan bawah bumbung (attic). Ruang tambahan ini boleh anda gunakan untuk meletakkan rak buku secara berjajar. Kalau cukup luas, mezanin ini boleh menjadi ruang kerja atau ruang baca.

Rak gantung

Apa yang dimaksudkan dengan rak gantung adalah rak yang melekat pada dinding. Rak buku seperti ini kelihatan lebih ringan, dan tidak membuatkan ruang rumah anda kelihatan penuh. Bahagian bawahnya boleh digunakan dan dimanfaatkn untuk meletakkan perabot lain, misalnya sofa atau meja. Rak buku gantung ini juga boleh dicipta sendiri berdasarkan kreativiti pembaca.

Friday, 16 December 2011

7 Tips Penjagaan Dan Pengurusan Buku


1 Elakkan buku dari kepanasan 
Jangan letak buku pada tempat yang panas. Membiarkan buku pada darjah suhu yang tinggi menyebabkan buku anda melengkung dan permukaannya tidak sama rata. Meninggalkan buku dalam kareta di tempat parkir panas atau membiarkan buku berdekatan mesin-jentera berhaba antara perkara yang perlu dielakkan bagi penjagaan buku anda. Bahang panas juga menyebabkan kulit muka dan halaman menjadi kekuningan.


2 Balut buku 
Kekalkan penjagaan buku dengan membalut buku-buku yang dibeli. Membalut buku dapat memelihara kulit buku daripada rosak di tepi-tepinya dan mengelak lekatan debu, minyak dan kotor terus pada muka buku. Terdapat pelbagai plastik buku di pasaran mengikut kualiti dan ketebalannya. Pilihlah plastik buku yang berkualiti. Jika anda memilih plastik buku yang nipis atau bermutu rendah maka plastik ini adalah jenis yang tidak tahan lama, mudah koyak dan cepat bertindak balas apabila berhadapan perubahan suhu tinggi.






3 Sediakan almari / rak buku 
Buku yang diperolehi / dibeli dari masa ke semasa sedikit demi sedikit menjadi banyak. Kelak ia menimbun dengan pelbagai judul yang memerlukan penyimpanan teratur. Justeru itu penyediaan almari buku atau rak buku merupakan suatu cara supaya buku anda tidak bersepah dan merata-rata. Jika ada duit lebih, beli almari / rak buku yang bercermin bagi mengelakkan buku anda dari cepat berhabuk dan berdebu.


4 Susun buku ikut kategori dan genre 

Atur buku ikut kategori dan genre. Maksud kategori adalah pembahagian mengikut majalah, novel, jurnal, diari, ensiklopedia, fiksyen, bukan fiksyen, dsb. Genre pula adalah perjenisan judul buku melalui tema dan intipati sesebuah buku seperti biografi, agama, ekonomi, politik, sejarah, arkitektur, pendidikan, tamadun, perubatan, sains, dsb. Terpulang kaedah penyusunan masing-masing. Ada yang suka menyusun mengikut keluaran penerbit. Ada yang gemar menyusun mengikut nama penulis buku. Sebahagian lain mungkin meminati penyusunan mengikut siri / edisi.


5 Atur buku secara menegak 

Aturan buku-buku secara menegak merupakan kaedah penyusunan yang terbaik berbanding penyusunan kaedah buku baring atau melintang. Mengapa? Pertama, buku secara menegak memudah dan mempercepatkan kita mengambil buku yang dicari. Kedua, penyusunan secara menegak memanjang jangka hayat buku. Ini kerana buku-buku secara baring menyebabkan binding buku lama-kelamaan tidak selari akibat bertindih dengan buku-buku lain di atasnya.


6
Letak penghadang buku 
Apabila menyusun buku (secara menegak), letakkan penghadang buku pada susunan buku paling tepi / akhir buku. Tujuannya supaya buku-buku yang disusun itu tidak kelihatan senget atau terjatuh. Penghadang buku boleh didapati di kedai alat tulis.


7
Rekod maklumat buku 
Pustakakan maklumat buku-buku supaya pengkoleksian senarai bahan bacaan anda lebih tersusun, terurus dan bermaklumat. Bagi sebuah buku, perkara yang boleh direkodkan adalah seperti judul buku, nama penulis, nama penerbit, tahun terbitan, jumlah halaman, ISBN, harga buku, genre, dsb. Perekodan ini memudahkan anda melihat kembali jenis-jenis buku yang ada dalam simpanan dan urutan senarai ini amat bermanfaat bagi kegunaan capaian di masa akan datang. Anda boleh menguruskan perekodan ini melalui catitan pada buku khas atau melalui perisian pangkalan data. Perisian asas seperti Database, Excel boleh diinisiatifkan atau memuat turun secara percuma perisian perekodan buku yang sesuai di laman siber. Hari ini, laman komuniti perpustakaan maya seperti Goodreads, Shelfari, LibraryThing menyediakan akaun buku yang membolehkan anda untuk berkongsi maklumat buku anda miliki dengan penggemar-penggemar buku dari pelosok dunia.