Menyimpan Koleksi Buku
Yang Jimat Tempat -
Jangan punahkan impian anda untuk menyimpan koleksi buku
yang pelbagai, walaupun keadaan rumah anda sempit dan terhad ruangnya. Asalkan
anda bijak menyusun dan membahagikan ruang, buku-buku ini tidak akan membuat
rumah anda kelihatan sempit dan penuh.
Menyimpan koleksi buku yang pelbagai merupakan satu hobi yang sangat positif.
Amat sayang sekali sekiranya jika hobi ini tidak diteruskan hanya kerana alasan
tiada tempat untuk menyimpannya. Memang semakin lama, koleksi buku-buku anda
akan terus bertambah. Dan buku-buku itu mahu tidak mahu harus disimpan secara
khusus supaya tidak rosak dan tidak boleh diguna kembali.
Bagi keadaan rumah yang kecil, ruang untuk menyimpan buku secara khusus sangat susah didapati. Membuat ruang khas
seperti perpustakaan, rasanya sudah tidak rasional. Bahkan, untuk menambah satu
peti buku sahaja rasanya juga tidak ada tempat khas yang sesuai.
Cara lain? Cuba cari sudut-sudut yang tidak terpakai di rumah anda. Kawasan ini
boleh diguna pakai sebagai tempat simpanan buku. Cara lain, anda boleh rujuk
dibawah, agar koleksi buku anda tetap disimpan rapi tanpa menjadikan rumah anda
kelihatan sempit dan tidak teratur.
Jadi hiasan
Ramai orang berusaha menyembunyikan rak buku, bahkan ada yang sanggup
menyimpannya di stor. Padahal, bila dibuat rak yang cantik, buku-buku ini boleh
menjadi penghias rumah yang unik, menggantikan lukisan dan hiasan dinding lain.
Sekat antara ruang
Rak buku juga boleh menjadi seperti sekat antara ruang. Pada rumah-rumah
bersaiz kecil, biasanya antara ruang tamu dengan ruang keluarga dipisahkan oleh
sekat atau dinding penghalang. Justeru itu, gunakan saja rak buku sebagai
sekatnya.
Memanfaatkan ruang
Anda dinasihatkan supaya bijak mencari ruang dalam rumah seperti ruang bawah tangga, garaj yang tidak
digunakan, dinding bahagian atas, salah satu sudut ruang tamu dan banyak lagi,
bagi tujuan untuk meletakkan rak buku tersebut.
Membuat mezanin
Mezanin adalah salah satu cara anda mendapatkan ruang tambahan tanpa perlu
melakukan perubahan struktur. Mezanin ini boleh dibuat dengan menggunakan
ruangan bawah bumbung (attic). Ruang tambahan ini boleh anda gunakan untuk
meletakkan rak buku secara berjajar. Kalau cukup luas, mezanin ini boleh
menjadi ruang kerja atau ruang baca.
Rak gantung
Apa yang dimaksudkan dengan rak gantung adalah rak yang melekat pada dinding.
Rak buku seperti ini kelihatan lebih ringan, dan tidak membuatkan ruang rumah anda
kelihatan penuh. Bahagian bawahnya boleh digunakan dan dimanfaatkn untuk
meletakkan perabot lain, misalnya sofa atau meja. Rak buku gantung ini juga boleh
dicipta sendiri berdasarkan kreativiti pembaca.
No comments:
Post a Comment