Adakah hobi anda membaca buku? Biasanya mereka yang ada hobi membaca juga mempunyai hobi memburu dan mengumpul
pelbagai buku. Mungkin tidak hanya dengan membeli, tetapi juga memburunya di
perpustakaan. Beberapa tips ini, boleh dipraktikkan jika anda keliru memilih
buku.
Buatlah pertanyaan sendiri. Misalnya, apa jenis buku yang anda suka? Siapa
penulis yang anda suka? Melakukan penelitian buku oleh penulis yang pernah anda
baca di masa lalu. Adakah jenis buku
tertentu yang belum dan ingin anda baca? Kemudian, masukkan hobi anda ke dalam kata
kunci di katalog perpustakaan.
Jikaperpustakaan yang anda kunjungi belum dilengkapi fasiliti komputer
untuk pencarian buku,maka jangan pernah ragu untuk bertanya kepada pustakawan
atau penjual buku.
Jika anda sudah jumpa buku yang anda inginkan, ambil dan baca bahagian
belakang buku atau penutup yang menjadi ringkasan buku tersebut. Kalau buku
tersebut memang menarik perhatian anda, baca halaman pertama atau lebih. Jika
masih menarik perhatian anda, maka itu mungkin adalah buku yang baik untuk anda.
Ingat, judul buku mungkin menarik untuk anda, tetapi gaya penulisan selalu
menjadi kunci untuk menikmatinya.
Cara seterusnya adalah dengan meminta
seseorang untuk memberi pendapat buku yang bagus. Anda dapat meminta pandangan
daripada ibubapa,sahabat, guru, atau siapa sahaja.Akan lebih baik jika anda
mengenal beberapa pemilik kedai buku, kerana biasanya pemilik buku sering
memiliki pandangan tentang buku-buku yang menarik perhatian pembaca.
Kemudian, anda juga boleh memilih buku dengan membaca ulasan buku di surat khabar,
majalah dan internet. Cari mengenai buku-buku terlaris dan juga tentang
buku-buku baru yang menjadi berita utama.
Anda juga boleh bergabung dengan Kelab Kedai Buku. Menjadi ahli kelab buku bukan
hanya sekadar bertukar informasi mengenai buku-buku yang berkualiti, tetapi
juga sebagai cara untuk menumbuhkan motivasi membaca di kalangan generasi
muda.
Membaca buku sangat penting untuk menambahkan ilmu
pengetahuan dan juga pengetahuan am.Selain itu,membaca juga dapat melahirkan
generasi muda yang matang dan berfikiran positif dalam menagani masalah sosial.
No comments:
Post a Comment