Selama ini terdapat anggapan dari sebahagian besar masyarakat bahawa buku teks
sebagai penunjang pelaksanaan kegiatan pembelajaran di kelas di bahagikan menjadi
dua jenis, iaitu buku teks wajib dan buku teks penunjang. Buku teks wajib (juga
biasa disebut buku paket) adalah buku teks yang dikeluarkan atau diterbitkan
oleh pengeluar tertentu yang di iktiraf oleh Jabatan Pendidikan. Sementara itu,
buku teks penunjang adalah buku teks yang diterbitkan oleh penerbit swasta.
Terdapat beberapa kelemahan yang masih terdapat pada buku teks penunjang,iaitu:
- Terdapat buku teks yang tidak sesuai dengan pembelajaran kurikulum.
- Terdapat buku teks yang berisi ringkasan
- Terdapat buku teks yang huraiannya sangat teknikal.
- Terdapat buku teks yang tidak sesuai dengan pola pemikiran pelajar
- Terdapat buku teks yang kurang ”aplicable”.
Dengan menggunakan buku teks,guru dan tenaga pengajar perlu melakukan langkah-langkah berikut:
-Guru menerangkan satu per satu huraian bahan ajar yang ada pada buku teks,
- Guru melakukan langkah-langkah pembelajaran
yang terkandung dalam buku teks
- Nilai-nilai evaluasi diambil dari pertanyaan atau tugasan yang terdapat dalam buku teks.
Berikut merupakan sebab mengapa guru
dan tenaga pengajar perlu menggunakan buku teks:
- Guru belum bersedia dan matang tehadap subjek yang diajarkan.
- Guru kurang dilatih merencanakan bahan pembelajaran.
- Tradisi yang menganggap bahawa buku teks sebagai sumber lengkap yang siap disajikan masih sangat dominan.
- Pengaruh penggunaan buku teks sebagai alat pengukur prestasi belajar.
Buku teks sangat penting penggunaanya bagi seorang pelajar
dan juga seorang guru.Penggunaan buku teks mempunyai pengaruh dan kesan
terhadap pembelajaran pelajar dan guru.
No comments:
Post a Comment