Ramai yang masih kurang
minat membaca buku dalam diri mereka. Mereka menganggap membaca itu merupakan aktiviti yang
membosankan. Pertama kali semasa wahyu pertama diturunkan kepada baginda
Rasulullah S.A.W pun malaikat menyuruh baginda untuk iqra’ iaitu (membaca).
Jadi disini kita boleh nampak betapa pentingnya membaca dalam Islam. Setiap
orang akan cepat merasa bosan apabila membaca buku. Bahan bacaan tidak hanya
terhad kepada buku-buku sahaja tapi anda juga boleh membaca secara online iaitu
membaca di internet seperti laman web, blog, forum, dan ebook.
Sebenarnya membaca buku
mempunyai banyak kelebihannya.
Antara kelebihan
dan faedah membaca buku adalah:
1.Membaca buku
dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
Dengan membaca kita
dapat menambahkan ilmu pengetahuan iaitu ilmu di sekeliling kita. Tapi ia juga
bergantung kepada bahan bacaan yang dibaca juga. Kalau bahan bacaan itu
berbentuk ilmiah pasti ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu
pengetahuan itu pasti berguna untuk masa sekarang ataupun masa hadapan anda.
2.Membaca buku
adalah satu senaman minda.
Anda akan menghadapi
hari-hari yang tenang kerana dapat berfikir dengan baik oleh kerana anda
mempunyai minda yang sihat. Jika anda menganggap yang senaman tubuh badan itu
sangat penting untuk mendapat kesihatan yang sihat maka begitu juga senaman
minda ini untuk kesihatan minda anda. Dengan membaca buku anda akan
melakukan satu proses aktif minda anda. Ini kerana anda menggunakan sel-sel
dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya
membuatkan minda anda menjadi lebih sihat.
3.Mempunyai
kelebihan untuk fokus.
Fokus adalah memberi
tumpuan dengan sepenuhnya dalam apa saja perkara yang dilakukan. Kelebihan
apabila anda dapat fokus adalah anda tidak akan kelam kabut jika menghadapi
sebarang situasi ataupun masalah. Anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk
menyelesaikan sesuatu masalah itu. Dan sudah semestinya anda akan dapat
menyelesaikan masalah itu dengan tenang.Membaca buku dapat membantu menjaga
otak agar selalu menjalankan fungsinya secara sempurna. Saat membaca, otak
dituntut unutk berfikir lebih sehingga dapat membuat orang semakin cerdas. Tapi
untuk latihan otak ini, membaca buku harus dilakukan secara rutin.
4. Membaca buku
akan meningkatkan memori anda.
Kalau anda tidak
menggunakan memori, lama-lama memori anda akan menjadi lemah. Permainan seperti
teka silangkata akan mengurangkan risiko anda untuk nyanyuk di hari tua.
Walaupun membaca bukan sejenis permainan, ia dapat membantu meregangkan
otot-otot memori dalam cara yang sama seperti anda bermainan permainan yang
menggunakan memori. Ini kerana membaca buku memerlukan ingatan lebih lanjut
tentang apa yang anda baca itu. Secara tak langsung ia akan meningkatkan
kekuatan memori anda.
5 Membaca buku
akan melatih anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin.
Ini kerana apabila anda
selalu membaca buku anda telah membuatkan masa membaca sesuatu yang anda tahu
dan anda mesti lakukan pada masa-masa tertentu. Itulah sebabnya apabila anda
menambahkan aktiviti membaca buku dalam jadual seharian dan sentiasa
melakukannya anda akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri anda. Anda juga
mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu hari, itu bermakna
tahap disiplin untuk membaca dalam diri anda sangat tinggi.
6.Membaca buku akan
meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran
Anda seorang yang rajin
membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan memberikan anda inspirasi
kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih ia
akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda anda dimana ia menyerap
pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya anda akan lebih kreatif untuk
melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup anda.
7.Membaca buku
akan mengurangkan rasa bosan.
Jika anda merasa bosan
cuba cari bahan untuk dibaca. Mungkin apabila anda membaca,anda akan terjumpa
sesuatu yang anda minat, maka anda akan merasa kurang rasa bosan dan seterusnya
menghilangkan rasa bosan anda itu.
8. Membaca buku
akan mengurangkan stress atau tekanan
Apabila anda membaca
mungkin anda dapat melupakan seketika sesuatu masalah anda itu ataupun anda
membaca sesuatu yang menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan rasa
stres dan tekanan dalam diri anda . Maka dapat dilihat bahawa membaca buku dapat
membantu anda dari keluar daripada tekanan dan stres. Stres adalah faktor risiko dari beberapa penyakit
berbahaya. keindahan bahasa dalam tulisan dapat memiliki kemampuan untuk
menenangkan dan mengurangi stres, terutamanya membaca buku fiksi sebelum tidur.
Cara ini dianggap bagus untuk mengatasi stres.
9. Rajin
membaca buku akan meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda
Pada mulanya memang
susah untuk anda mendapat skil membaca tapi lama kelamaan anda akan menemui
skil dan rentak membaca itu. Dan seterusnya akan meningkatkan keseronokan anda
untuk membaca kerana anda sudah menemui skil dan rentak anda sendiri. Dengan
skil dan rentak inilah anda tidak akan cepat merasa bosan malah semakin seronok
untuk membaca dan terus membaca.
10. Membantu
anda berkomunikasi dengan lebih baik.
Ini kerana dengan
dengan banyak pengetahuan yang diperolehi dari banyaknya pembacaan anda, anda
akan merasa lebih yakin untuk berkomunikasi. Anda dapat menceritakan kepada
orang lain apa yang anda tahu dan mengelakkan dari berdiam diri saja apabila
berkomunikasi dengan orang lain. Anda juga akan merasa seronok untuk
menceritakan dan berkongsi dengan orang lain tentang apa yang anda tahu.
11.
Menjauhkan risiko penyakit Alzheimer
Ketika
membaca buku, otak akan dirangsang dan dirangsang secara teratur dan ia dapat
membantu mencegah gangguan pada otak termasuk penyakit Alzheimer.
Penelitian
telah menunjukkan bahwa latihan otak seperti membaca buku atau majalah, bermain
teka-teki silang, Sudoku, dan lain-lain dapat mencegah kehilangan memori.
Menurut para peneliti, kegiatan ini merangsang sel-sel otak dapat berhubung dan
tumbuh.
12.
Mengembangkan pola tidur yang sihat
Bila anda sudah biasa membaca
buku sebelum tidur, maka ia bertindak sebagai jam loceng bagi tubuh dan
menyampaikan signal ke otak anda bahawa sudah waktunya tidur. Ini akan membantu
anda mendapatkan tidur nyenyak dan bangun segar di pagi hari.
Sebagai kesimpulan, membaca mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri.Jadi anda patut menjadikan aktiviti membaca buku sebahagian daripada kehidupan seharian anda. Semoga anda mendapat banyak faedah dan manfaat darinya.
No comments:
Post a Comment