Pages

Thursday 15 December 2011

Apa Itu Buku?


Buku merupakan kepingan helaian kertas bertulis yang diikat menjadi satu unit. Dalam sains kepustakaan, buku dikenali sebagai monograf untuk membezakannya dengan terbitan bersiri yang lain seperti majalah dan akhbar. Pada lazimnya, buku hanya merujuk kepada buku yang diterbit dan bukan sebarang "kertas-kertas yang diikat".

Struktur buku


Bahagian awal

  • Halaman separa judul (Half title page)
  • Halaman judul (Title page)
  • Halaman hak cipta (Inprint/Copyright page)
  • Prakata (Preface)
  • Senarai kandungan (Content)

Bahagian teks

  • Tajuk bab
  • Pecahan tajuk/Subtajuk
  • Teks
  • Ilustrasi

Bahagian akhiran

  • Lampiran
  • Bibliografi
  • Glosari
  • Masukan indeks

 

Kulit belakang

  • Intipati kandungan buku
  • Biodata penulis
  • Fotograf penulis

Sejarah buku

Sebelum kemunculan buku, manusia telahpun memiliki cara untuk menurunkan tulisan. Pada awal tamadun, manusia pada lazimnya menurunkan tulisan mereka di atas batu, papan, dan juga di atas daun (misalnya daun lontar yang menjadi lambang DBP). Sehubungan itu, medium tulisan awal ini adalah bentuk proto bagi buku.

Buku dikatakan muncul dalam sejarah umat manusia, apabila orang Mesir mencipta kertas papirus pada tahun sekitar 2400 SM. Adapun kertas papirus yang diturunkan tulisan ini digulungkan untuk menjadi "skrol" (scroll), dan ia diyakini adalah bentuk buku yang paling awal.

Selain itu, buku juga muncul di tamadun yang lain dengan bentuk yang lain. Contohnya, di Kemboja, Sami Budha di situ membaca "buku" yang dibuat daripada daun dan amalan ini masih dikekalkan sehingga hari ini dan perkara pernah dilaporkan oleh Nasional Geografi. Manakala di negeri Cina, sebelum terciptanya kertas, para cendekiawan di situ menurunkan tulisan mereka di atas lidi buluh dan mengikat lidi ini menjadi buku. Amalan menulis di atas lidi telah mempengaruhi sistem tulisan Cina sehinggakan orang Cina mengamalkan tulisan menegak sehingga pada awal moden

Buku memasuki satu era yang baru apabila industri kertas menjadi mantap. Kertas dipercayai muncul di negeri Cina seawal-awalnya pada 200 SM, selepas itu teknologi ini dibawa oleh pedagang muslim ke Eropah sebelum abad ke-11. Dengan adanya kertas, penulisan menjadi lebih mudah kerana kertas mempunyai ciri-ciri mudah disimpan dan juga bertahan lama.

 

Cara menerbitkan buku

Sebuah buku harus melalui beberapa proses sebelum ia diterbitkan oleh penerbit.
Peringkat terawal dalam penerbitan ialah perancangan. Pihak penerbit akan merancang apa yang harus diterbitkan. Dalam peringkat ini penerbit akan menentukan yang manakah manuskrip yang harus diterbitkan. Selepas itu, penerbit akan berunding dengan pengarang mengenai bayaran.Kemudian pengarang akan mengarang cerita tertentu yang di kehendaki oleh penerbit.

No comments:

Post a Comment