Pages

Saturday 17 December 2011

Cara Untuk Menyimpan Koleksi Buku Yang Jimat Tempat

Menyimpan Koleksi Buku Yang Jimat Tempat - 


Jangan punahkan impian anda untuk menyimpan koleksi buku yang pelbagai, walaupun keadaan rumah anda sempit dan terhad ruangnya. Asalkan anda bijak menyusun dan membahagikan ruang, buku-buku ini tidak akan membuat rumah anda kelihatan sempit dan penuh. 

Menyimpan koleksi buku yang pelbagai merupakan satu hobi yang sangat positif. Amat sayang sekali sekiranya jika hobi ini tidak diteruskan hanya kerana alasan tiada tempat untuk menyimpannya. Memang semakin lama, koleksi buku-buku anda akan terus bertambah. Dan buku-buku itu mahu tidak mahu harus disimpan secara khusus supaya tidak rosak dan tidak boleh diguna kembali.

Bagi keadaan rumah yang kecil, ruang untuk menyimpan buku secara khusus  sangat susah didapati. Membuat ruang khas seperti perpustakaan, rasanya sudah tidak rasional. Bahkan, untuk menambah satu peti buku sahaja rasanya juga tidak ada tempat khas yang sesuai.


Cara lain? Cuba cari sudut-sudut yang tidak terpakai di rumah anda. Kawasan ini boleh diguna pakai sebagai tempat simpanan buku. Cara lain, anda boleh rujuk dibawah, agar koleksi buku anda tetap disimpan rapi tanpa menjadikan rumah anda kelihatan sempit dan tidak teratur.




Jadi hiasan 


Ramai orang berusaha menyembunyikan rak buku, bahkan ada yang sanggup menyimpannya di stor. Padahal, bila dibuat rak yang cantik, buku-buku ini boleh menjadi penghias rumah yang unik, menggantikan lukisan dan hiasan dinding lain.

Sekat antara ruang

Rak buku juga boleh menjadi seperti sekat antara ruang. Pada rumah-rumah bersaiz kecil, biasanya antara ruang tamu dengan ruang keluarga dipisahkan oleh sekat atau dinding penghalang. Justeru itu, gunakan saja rak buku sebagai sekatnya.

Memanfaatkan ruang

Anda dinasihatkan supaya bijak mencari ruang dalam rumah seperti  ruang bawah tangga, garaj yang tidak digunakan, dinding bahagian atas, salah satu sudut ruang tamu dan banyak lagi, bagi tujuan untuk meletakkan rak buku tersebut.

Membuat mezanin

Mezanin adalah salah satu cara anda mendapatkan ruang tambahan tanpa perlu melakukan perubahan struktur. Mezanin ini boleh dibuat dengan menggunakan ruangan bawah bumbung (attic). Ruang tambahan ini boleh anda gunakan untuk meletakkan rak buku secara berjajar. Kalau cukup luas, mezanin ini boleh menjadi ruang kerja atau ruang baca.

Rak gantung

Apa yang dimaksudkan dengan rak gantung adalah rak yang melekat pada dinding. Rak buku seperti ini kelihatan lebih ringan, dan tidak membuatkan ruang rumah anda kelihatan penuh. Bahagian bawahnya boleh digunakan dan dimanfaatkn untuk meletakkan perabot lain, misalnya sofa atau meja. Rak buku gantung ini juga boleh dicipta sendiri berdasarkan kreativiti pembaca.

No comments:

Post a Comment