Pages

Thursday 15 March 2012

Cara Mudah Mencari Rujukan di Internet



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ramai pelajar yang mengeluh untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah masing-masing lagi-lagi dalam tempeh yang singkat.Tekanan yang di hadapi begitu banyak sehingga ada antara pelajar yang menangis untuk menyiapkan tugasan.

Faktor utama mengapa ramai pelajar tidak begitu suka menyiapkan tugasan berbentuk penulisan kerana kesukaran untuk mendapatkan bahan rujukan yang sesuai.Tambahan memeritkan ialah pelajar tidak tahu cara untuk mencari maklumat atau sumber rujukan pada zaman moden ini.

Mengapa maklumat perlu dinilai kesesuaiannya? Jawapannya mudah sahaja; untuk memastikan bahawa maklumat berkenaan sahih, diperakukan dan mempunyai kredibiliti. Maklumat yang sebegini akan memastikan tugasan atau tulisan yang akan anda hasilkan juga boleh dipercayai. Jadi bagaimana mahu menilai maklumat berkenaan? Ada beberapa cara untuk menilai maklumat, iaitu berdasarkan;

A. Autoriti Penulis
B. Tulisan ilmiah berkualiti
C. Kebolehpercayaan sumber
D. Objektif
E. Mutakhir dan Terkini
F. Cakupan


Berikut merupakan cara-cara untuk mencari rujukan di Internet:

Cara 1: Gunakan Tanda Petik (“ “) Semasa Mencari Maklumat

Majoriti pelajar tidak menggunakan tanda petik ( “ “) untuk mencari maklumat. Penggunaan tanda petik ini sangat penting terutama apabila melibatkan penggunaan perkataan yang berangkai seperti “kemalangan jalan raya”. Tanpa tanda petik, enjin carian akan mencari perkataan kemalangan, jalan dan raya secara berasingan.


Pilihlah maklumat dari laman web yang boleh dipercayai sahaja. Abaikan sumber dan maklumat yang diperolehi dari laman web yang diragui dan blog persendirian yang tidak diketahui kesahihannya.


Kemahiran meggunakan kaedah carian BOOLEAN ini dapat membantu anda mencari maklumat secara tepat. Terdapat beberapa kaedah lain lagi yang boleh digunakan seperti penggunaan AND dan OR, namun sekiranya anda menggunakan Tanda Petik (“ “) di enjin carian sahajapun sudah banyak maklumat mampu anda perolehi.

Cara 2: Menggunakan Google Scholar

Apabila menggunakan Google Scholar, anda akan memperolehi banyak maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai seperti tesis, latihan ilmiah, penyelidikan, artikel dari jurnal dan sebagainya. Terdapat banyak artikel, hasil penyelidikan, dan tesis yang diperolehi dengan cara ini boleh anda muat turun dan simpan secara salinan lembut (soft copy).

Caranya, klik pada Google Scholar, kemudian buat carian seperti biasa.



Perhatikan sumber maklumat berkenaan yang disumbangkan dari IPTA yang diiktiraf.


Cara 3: Membaca Buku Secara Online

Anda juga boleh membaca atau memperolehi sumber rujukan daripada buku secara online. Semua maklumat yang diperlukan untuk dicatat pada bahagian rujukan seperti tahun terbit, penerbit, tempat terbit dan sebagainya. Caranya: klik pada "books" atau "buku" yang ada pada menu google anda sebelum melakukan carian google seperti biasa.



Buku online ini sama seperti buku asal yang berada di pasaran. Bezanya, buku online dibaca secara atas talian melalui capaian internet. Walau bagaimanapun, buku ini tidak boleh disimpan dalam bentuk salinan lembut, tetapi anda boleh mendaftar menjadi ahli dengan Google dan simpan dalam fail sendiri untuk dibaca secara online pada hari yang lain.



Bagaimana? Membantu anda untuk mendapatkan rujukan bila nak siapkan tugasan tak? Panduan ini tidak begitu sesuai untuk anda yang sangat mahir dalam dunia Teknologi Maklumat, jadi sila abaikan. Ia hanya sesuai bagi golongan pelajar yang fobia dan tidak begitu gemar untuk eksploitasi kelebihan internet.

 Berharap, semua tugasan yang dihantar untuk pemarkahan akan lebih tinggi mutunya apabila menggunakan sumber rujukan yang bermutu.

1 comment:

  1. As stated by Stanford Medical, It's indeed the SINGLE reason this country's women get to live 10 years more and weigh on average 19 KG lighter than us.

    (By the way, it has absolutely NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING around "how" they eat.)

    P.S, What I said is "HOW", and not "what"...

    Click on this link to reveal if this little test can help you unlock your true weight loss possibility

    ReplyDelete