Pages

Tuesday 7 February 2012

Koleksi Buku Perpustakaan Negara


 Peranan utama setiap Perpustakaan Negara adalah menyimpan dan memperluaskan penggunaan koleksi terbitan dalam negaranya serta koleksi mengenai negara yang diterbitkan di luar negara. Sebagai sebuah Perpustakaan Negara bagi Malaysia. Institusi ini menjadi institusi memori sejarah dan kebudayaan serta pustaka yang menyimpan, mendokumentasi dan memelihara pencapaian intelek yang telah diterjemah dalam bentuk cetak dan bukan bercetak. Koleksi Malaysiana adalah koleksi warisan negara dan bangsa Malaysia.

Monograf bermaksud buku yang meliputi semua bidang perkara seperti Karya Am, Falsafah, Agama, Sains Sosial, Bahasa, Sains Jati, Teknologi, Sains Gunaan, Kesenian, Kesusasteraan, Geografi dan Sejarah.


Koleksi Monograf (Buku) Malaysia
Koleksi Monograf Malaysiana ditempatkan di Aras 2, Tengah dan Aras 3 Timur yang terdiri daripada bahan-bahan yang diterbitkan di dalam dan luar Malaysia secara keseluruhan atau sebahagian besar kandungannya adalah mengenai atau berhubung dengan Malaysia dan penduduknya, tidak terhad tempoh penerbitan atau bahasa yang digunakan. Simbol yang diguna untuk koleksi ini ialah M (Malaysiana), MR (Malaysiana Rujukan), MB (Brosur Malaysiana), f M (folio Malaysiana) dan ff M (double folio Malaysiana).

Koleksi Monograf Luar Negara
Koleksi Monograf Luar Negara merupakan terbitan seperti buku, direktori, kamus, ensaiklopedia, buku manual, atlas, almanak, tesaurus dan bahan kit multimedia. Koleksi ini terdiri daripada pelbagai subjek perkara umum dan ditempatkan di Aras 3 Tengah, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia.

Jom ramai-ramai pakat ke Perpustakaan Negara.

No comments:

Post a Comment