Pages

Tuesday 17 January 2012

Kelebihan dan Faedah Membaca Buku


Ramai yang masih kurang minat membaca buku dalam diri mereka. Mereka menganggap  membaca itu merupakan aktiviti yang membosankan. Pertama kali semasa wahyu pertama diturunkan kepada baginda Rasulullah S.A.W pun malaikat menyuruh baginda untuk iqra’ iaitu (membaca). Jadi disini kita boleh nampak betapa pentingnya membaca dalam Islam. Setiap orang akan cepat merasa bosan apabila membaca buku. Bahan bacaan tidak hanya terhad kepada buku-buku sahaja tapi anda juga boleh membaca secara online iaitu membaca di internet seperti laman web, blog, forum, dan ebook.

Sebenarnya membaca buku mempunyai banyak kelebihannya.

Antara kelebihan dan faedah membaca buku adalah:

1.Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan iaitu ilmu di sekeliling kita. Tapi ia juga bergantung kepada bahan bacaan yang dibaca juga. Kalau bahan bacaan itu berbentuk ilmiah pasti ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan itu pasti berguna untuk masa sekarang ataupun masa hadapan anda.

2.Membaca buku adalah satu senaman minda.
 
Anda akan menghadapi hari-hari yang tenang kerana dapat berfikir dengan baik oleh kerana anda mempunyai minda yang sihat. Jika anda menganggap yang senaman tubuh badan itu sangat penting untuk mendapat kesihatan yang sihat maka begitu juga senaman minda ini untuk kesihatan minda anda. Dengan membaca buku anda akan melakukan satu proses aktif minda anda. Ini kerana anda menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda anda menjadi lebih sihat.

3.Mempunyai kelebihan untuk fokus.


Fokus adalah memberi tumpuan dengan sepenuhnya dalam apa saja perkara yang dilakukan. Kelebihan apabila anda dapat fokus adalah anda tidak akan kelam kabut jika menghadapi sebarang situasi ataupun masalah. Anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Dan sudah semestinya anda akan dapat menyelesaikan masalah itu dengan tenang.Membaca buku dapat membantu menjaga otak agar selalu menjalankan fungsinya secara sempurna. Saat membaca, otak dituntut unutk berfikir lebih sehingga dapat membuat orang semakin cerdas. Tapi untuk latihan otak ini, membaca buku harus dilakukan secara rutin.

4. Membaca buku akan meningkatkan memori anda

Kalau anda tidak menggunakan memori, lama-lama memori anda akan menjadi lemah. Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko anda untuk nyanyuk di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan, ia dapat membantu meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama seperti anda bermainan permainan yang menggunakan memori. Ini kerana membaca buku memerlukan ingatan lebih lanjut tentang apa yang anda baca itu. Secara tak langsung ia akan meningkatkan kekuatan memori anda.

5 Membaca buku akan melatih anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin

Ini kerana apabila anda selalu membaca buku anda telah membuatkan masa membaca sesuatu yang anda tahu dan anda mesti lakukan pada masa-masa tertentu. Itulah sebabnya apabila anda menambahkan aktiviti membaca buku dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya anda akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri anda. Anda juga mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu hari, itu bermakna tahap disiplin untuk membaca dalam diri anda sangat tinggi.

6.Membaca buku akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran

Anda seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan memberikan anda inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih ia akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda anda dimana ia menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya anda akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup anda.

7.Membaca buku akan mengurangkan rasa bosan.

Jika anda merasa bosan cuba cari bahan untuk dibaca. Mungkin apabila anda membaca,anda akan terjumpa sesuatu yang anda minat, maka anda akan merasa kurang rasa bosan dan seterusnya menghilangkan rasa bosan anda itu.

8. Membaca buku akan mengurangkan stress atau tekanan

Apabila anda membaca mungkin anda dapat melupakan seketika sesuatu masalah anda itu ataupun anda membaca sesuatu yang menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stres dan tekanan dalam diri anda . Maka dapat dilihat bahawa membaca buku dapat membantu anda dari keluar daripada tekanan dan stres. Stres adalah faktor risiko dari beberapa penyakit berbahaya. keindahan bahasa dalam tulisan dapat memiliki kemampuan untuk menenangkan dan mengurangi stres, terutamanya membaca buku fiksi sebelum tidur. Cara ini dianggap bagus untuk mengatasi stres.

9. Rajin membaca buku akan meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda

Pada mulanya memang susah untuk anda mendapat skil membaca tapi lama kelamaan anda akan menemui skil dan rentak membaca itu. Dan seterusnya akan meningkatkan keseronokan anda untuk membaca kerana anda sudah menemui skil dan rentak anda sendiri. Dengan skil dan rentak inilah anda tidak akan cepat merasa bosan malah semakin seronok untuk membaca dan terus membaca.

10. Membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik
 
Ini kerana dengan dengan banyak pengetahuan yang diperolehi dari banyaknya pembacaan anda, anda akan merasa lebih yakin untuk berkomunikasi. Anda dapat menceritakan kepada orang lain apa yang anda tahu dan mengelakkan dari berdiam diri saja apabila berkomunikasi dengan orang lain. Anda juga akan merasa seronok untuk menceritakan dan berkongsi dengan orang lain tentang apa yang anda tahu.

11. Menjauhkan risiko penyakit Alzheimer

Ketika membaca buku, otak akan dirangsang dan dirangsang secara teratur dan ia dapat membantu mencegah gangguan pada otak termasuk penyakit Alzheimer.
Penelitian telah menunjukkan bahwa latihan otak seperti membaca buku atau majalah, bermain teka-teki silang, Sudoku, dan lain-lain dapat mencegah kehilangan memori. Menurut para peneliti, kegiatan ini merangsang sel-sel otak dapat berhubung dan tumbuh.
 
12. Mengembangkan pola tidur yang sihat

Bila anda sudah biasa membaca buku sebelum tidur, maka ia bertindak sebagai jam loceng bagi tubuh dan menyampaikan signal ke otak anda bahawa sudah waktunya tidur. Ini akan membantu anda mendapatkan tidur nyenyak dan bangun segar di pagi hari.


Jadi jangan hanya menghabiskan waktu berjam-jam untuk menonton televisyen atau bermain permainan komputer, tetapi juga luangkan waktu untuk membaca buku. Kebiasaan kebaikan itu tidak hanya akan menyegarkan fikiran tetapi juga memberi manfaat untuk kesihatan dan kehidupan.

Sebagai kesimpulan, membaca mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri.Jadi anda patut menjadikan aktiviti membaca buku sebahagian daripada kehidupan seharian anda. Semoga anda mendapat banyak faedah dan manfaat darinya.

No comments:

Post a Comment